Jepun Digesa Jangan Semakin Jauh Tempuh Jalan Jalah

2022-08-05 16:48:44  CRI
Share with:

Naib Menteri Luar China, Deng Li pada Khamis memanggil Duta Jepun Tarumi Hideo untuk menyampaikan bantahan keras terhadap kenyataan salah mengenai Taiwan yang dikeluarkan menteri luar Kumpulan Tujuh (G7) dan Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar dan Keselamatan. 

Deng berkata Jepun bersekongkol dengan G7 dan EU mengeluarkan kenyataan yang memutarbelitkan fakta, berdiri di sisi Amerika Syarikat membiarkan Nancy Pelosi melawat ke Taiwan, melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap China, dan bertindak mencampuri urusan dalaman China.

Kelakuan Jepun melanggar norma asas hubungan antarabangsa dan empat dokumen politik dimeterai dengan China, serta memberi mesej salah kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau menegaskan Jepun yang pernah lama menjajah Taiwan, mempunyai tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dalam isu Taiwan. Maka, negara itu harus lebih berhati-hati dalam percakapan dan tingkah lakunya.

Jepun didesak agar mematuhi prinsip empat dokumen politik berkenaan dan komitmen berkaitan isu Taiwan, berhenti campur tangan urusan dalaman China, dan jangan menempuh semakin jauh di jalan yang salah.