Duta Khas Malaysia Selar Kunjungan Pelosi
Kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan menyebabkan situasi serantau berada dalam keadaan tidak menentu.
Demikian ujar Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China, Datuk Seri Tiong King Sing menerusi kenyataan pada Khamis.
King Sing berkata, lawatan tersebut mencemarkan prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.
Menurut beliau, Malaysia dan China berjanji saling menghormati kemerdekaan, kedaulatan negara dan integriti wilayah, manakala Taiwan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah China.
Pihak Malaysia sentiasa menegakkan prinsip satu China dan fakta bahawa Republik Rakyat China satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara, selain menyokong hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan berkembang damai dan hidup harmoni.
King Sing turut menggesa dunia Barat supaya jangan melayan isu Taiwan dan isu Ukraine menerusi amalan dwistandard.
Kelakuan campur tangan dan mencabul kedaulatan negara lain atas nama ‘mempertahankan demokrasi’, bertentangan dengan prinsip asas undang-undang antarabangsa dan menjadi contoh buruk kepada masyarakat antarabangsa.