Prinsip Satu China Tak Boleh Dicabar

2022-08-05 15:09:24  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi menamatkan lawatannya ke Taiwan pada Rabu.

Semasa berada di Taiwan, dia berulang kali bercakap karut yang antara lain mengenai 'Akta Hubungan Taiwan' sambil mendakwa negaranya berjanji akan 'berdiri di sisi Taiwan'. 

Ini adalah satu lagi perbuatan keji AS yang cuba mengaburkan dan mengetepikan prinsip satu China. Padahal, akta disebut Pelosi itu diada-adakan secara unilateral oleh AS, membelakangi komitmen negara itu terhadap tiga pengumuman bersama China-AS serta prinsip satu China yang dijunjung masyarakat antarabangsa.

Retorik Pelosi seumpama tidak dapat menyorokkan wajah hodohnya untuk mengejar kepentingan sendiri, memijak-mijak komitmen yang telah dibuat hingga mengakibatkan kebankrapan kredibiliti AS.

Tak kira bagaimana Pelosi mencari alasan untuk mempertahankan tingkah lakunya, ia tidak akan mengubah kemudaratan yang ditimbulkannya kepada keamanan Selat Taiwan, hubungan China-AS dan order antarabangsa.

Susulan kunjungan Pelosi itu, pihak tentera China segera mengumumkan beberapa siri operasi ketenteraan bersama di sekitar Taiwan, dan beberapa jabatan kerajaan China turut mengumumkan tindakan balas.

Adalah wajar dan munasabah bagi China mengambil langkah balas untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah. 

Persekongkolan AS-Taiwan yang mencabul kepentingan teras China dan menjejaskan ketenteraman Selat Taiwan, pasti akan ditelan padah.

Taiwan sebahagian wilayah China, akhirnya akan kembali ke pangkuan tanah air. 

Sandiwara politik yang dimainkan Pelosi tidak dapat mengubah trend sejarah ini. 

Prinsip satu China tidak boleh dicabar, dan tekad rakyat China untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah tidak akan luntur.

Dari perspektif sejarah, setiap tindakan provokatif AS menyasar China, ia umpama ‘pedang makan tuan’ yang akhirnya akan menikam dirinya sendiri. Kali ini juga tidak terkecuali!