Pencetus Krisis Samar Diri sebagai Penjaga Kedamaian
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi dalam tempoh lawatan ke Taiwan, China baru-baru ini mendakwa lawatannya itu bertujuan mendorong kedamaian serantau.
Sehubungan dengan itu, menteri-menteri luar Kumpulan Tujuh (G7) pula mengeluarkan kenyataan yang menuduh tindakan balas China mungkin mencetuskan ketegangan serantau.
Pencetus krisis menyamarkan diri sebagai ‘penjaga kedamaian’. Taktik segelintir negara Barat itu bagaikan pencuri berteriak hendak menangkap si pencuri.
Dengan mereka-reka dusta, negara Barat tersebut berniat menjadikan China sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab atas ketegangan situasi di Selat Taiwan, selain mengelirukan masyarakat antarabangsa.
Namun, mereka membuat persepsi yang salah terhadap situasi semasa dan pendapat umum.
Mutakhir ini, lebih seratus negara di dunia tampil melantangkan sokongan kepada usaha China untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah.
Hal itu turut memperlihatkan faktanya sudah jelas dilihat masyarakat antarabangsa, iaitu lawatan Pelosi itu didalangi pihak AS dengan niat mengekang China dengan memperalat isu Taiwan.
Ia mencabul kedaulatan dan keutuhan wilayah China, serta melanggar undang-undang dan norma hubungan antarabangsa.
Operasi ketenteraan yang dijalankan tentera China di sekitar pulau Taiwan dan tindakan balas yang diumumkan beberapa agensi kerajaan bertujuan menggentarkan AS yang bersubahat dengan Taiwan. Ia telah mendapat pemahaman dan sokongan luas daripada masyarakat antarabangsa.
Keadilan sediakala tersemat dalam nurani manusia. AS bercakap ‘kedamaian’ di mulut, tetapi sebenarnya bertindak menjejaskan kedamaian. Sekarang, sudah bukannya zaman segelintir negara Barat mampu menerajui pandangan umum berdasarkan kehendak mereka.