Prinsip Satu China Dijunjung

2022-08-06 15:02:56  CRI
Share with:

Kerajaan dan parti politik lebih 160 negara serta banyak organisasi antarabangsa melantangkan sokongan terhadap pendirian China dalam isu Taiwan menerusi pelbagai cara, susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syariakt (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan mutakhir ini.

Mereka mengutuk tingkah laku provokatif Pelosi, dan menentang kelakuan AS mencampuri urusan dalaman China hingga merosakkan ketenteraman Selat Taiwan.

Negara dan pertubuhan antarabangsa terbabit turut mengulangi pendirian berpegang teguh pada prinsip satu China, sambil menyokong langkah China yang sah dalam mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah.

Jurucakap Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Lyle LeBlanc pada Jumaat menegaskan pendirian terus menegakkan prinsip satu China.

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov berkata tindakan Pelosi adalah provokasi AS semata-mata, bukannya menyokong apa yang dipanggil 'demokrasi dan kebebasan'.

Tegasnya, Rusia menyokong prinsip satu China dan langkah rapi diambil China untuk menjaga kedaulatan negara.

Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam satu kenyataan menyuarakan pendirian yang menjunjung prinsip satu China, serta kedaulatan dan integriti wilayah China, sementara menyeru pihak-pihak terbabit supaya mematuhi resolusi PBB berkaitan.

Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta pula berkata negaranya berpegang kepada prinsip satu China, dan menghormati kedaulatan dan integriti wilayah China.

Mahuta turut menyatakan pendirian yang konsisten untuk mempertahankan norma asas hubungan antarabangsa dan bersama-sama melindungi keamanan dan kestabilan serantau.