Forum Media dan Kumpulan Pemikir China-ASEAN 2022 di Beijing
Forum Media dan Kumpulan Pemikir China-ASEAN 2022 berlangsung secara hibrid di Beijing pada Jumaat, menyaksikan penyertaan pegawai, wakil media arus perdana, pakar dan sarjana dari China dan sepuluh negara Asia Tenggara.
Difahamkan, forum berkenan berkisar pertukaran pendapat mengenai pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global dan pemantapan perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN.
Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva berkata, Inisiatif Pembangunan Global diterima baik oleh banyak negara dan organisasi antarabangsa, susulan objektifnya untuk membantu negara-negara merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030 melalui usaha sama masyarakat antarabangsa.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN Chen Dehai berkata media China dan ASEAN harus memberi tumpuan kepada topik-topik seperti pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 serta pemulihan ekonomi, sekali gus menceritakan kisah pembangunan China dan ASEAN, ke arah mewujudkan suasana pendapat umum yang menggalakkan untuk memperdalam kerjasama dua hala.
Para hadirin menyanjung tinggi Inisiatif Pembangunan Global yang berfungsi sebagai pemantap dalam memperkasakan kerjasama antarabangsa dan pembangunan damai.
Rata-rata mereka menyuarakan hasrat berganding bahu untuk menangani unsur negatif yang mengancam pembangunan damai serta aspirasi menjaga dan membina kampung halaman bersama.