China, Brunei Ikrar Kekalkan Ikatan Muhibah

2022-08-06 15:19:58  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Kedua Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Mohd. Yusof di Phnom Penh pada Jumaat.

Dalam pada itu, Wang Yi berkata kedua-dua negara perlu terus mengekalkan dasar bersahabat dan tradisi saling menyokong antara satu sama lain bagi mendorong perkembangan hubungan yang sihat dan mantap. China menggalakkan syarikat domestik melabur di Brunei bagi membantu meningkatkan kemandirian pembangunan, dan mewujudkan kepelbagaian pembangunan.

Erywan telah menyatakan kesediaan pihaknya untuk memperdalam kerjasama pragmatik dengan China dan mengembangkan ikatan muhibah yang terjalin sejak sekian lama.

Beliau juga menegaskan Brunei berpegang kepada dasar satu China, yang merupakan konsensus negara-negara ASEAN.