Kemboja, Rusia Sepakat Terus Galak Ikatan Persahabatan

2022-08-07 14:15:15  CRI
Share with:

Kemboja dan Rusia bersepakat terus menggalakkan ikatan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama dan memacu pembangunan bersama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas rundingan menteri luar kedua-dua negara di Phnom Penh pada Jumaat, Kemboja dan Rusia akan memperkasa dialog politik serta perhubungan berkala melibatkan pelbagai peringkat.

Di samping itu, kedua-dua negara komited meningkatkan kerjasama saling untung dalam bidang-bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, sains dan teknologi, pendidikan dan kebudayaan serta pertahanan dan keselamatan.

Kedua-dua negara juga akan terus menghormati kepentingan sah satu sama lain dalam hubungan bilateral dan kerangka forum serantau dan antarabangsa, di samping berusaha memperluas kerjasama multilateral di rantau Asia Pasifik dengan berpusatkan ASEAN.