Suara Lantang Dukung Prinsip Satu China

2022-08-07 14:20:38  CRI
Share with:

Kerajaan beberapa negara terus bersuara lantang demi keadilan menerusi pelbagai cara, sambil membidas lawatan mengejut Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan, China mutakhir ini.

Mereka turut menentang perbuatan AS yang menyokong dan membiarkan kuasa pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’, di samping mengulangi pendirian berpegang teguh pada prinsip satu China.

Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi menegaskan bahawa dasar Mesir berhubung isu Taiwan adalah konsisten dan teguh. Negaranya menjunjung prinsip satu China, yang kondusif bagi menjaga keselamatan dan kestabilan dunia.

Perdana Menteri Republik Afrika Tengah, Felix Moloua dan Menteri Luar, Sylvie Baipo-Temon mengujarkan bahawa negara mereka teguh menyokong prinsip satu China dan menyeru supaya pihak terbabit memperkotakan komitmen politik berkaitan yang dicapai China-AS. 

Speaker Parlimen Serbia, Vladimir Orlic pula berkata, negaranya berpegang teguh pada prinsip satu China, dan menyokong sepenuhnya usaha China dalam isu berkaitan kedaulatan dan integriti wilayah.