Hampir 30 Rundingan Bertemakan Perkhidmatan Persekitaran dalam CIFTIS

2022-08-08 11:39:35  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 dijangka akan diadakan di Taman Shougang Beijing pada 31 Ogos hingga 5 September.

Hampir 30 rundingan tentang topik puncak pelepasan karbon, neutral karbon, pembangunan industri demi matlamat mencapai puncak pelepasan karbon dan neutral karbon, perdagangan karbon, kewangan karbon, ekonomi meteorologi dan bandar hijau, akan diadakan dalam kerangka CIFTIS edisi 2022 yang menjadikan “perkhidmatan persekitaran” sebagai segmen baharunya.

Segmen perkhidmatan persekitaran yang baru ditambah itu bertema “matlamat mencapai puncak pelepasan karbon dan neutral karbon, penggerak baharu inovasi”. Melalui empat zon pameran mengenai sumber tenaga karbon rendah, ekonomi iklim dan ekonomi karbon, neutral karbon dan teknologi hijau, pembinaan bandar oksigen asli, para pengunjung dapat melihat pencapaian dan aplikasi teknologi yang terkini dalam bidang perkhidmatan persekitaran global, dan merasakan inspirasi untuk menggalakkan sektor korporat terus menjalankan inovasi teknologi dan mewujudkan wahana interaksi kerjasama.

Selain itu, sidang akhbar pula disediakan secara hibrid untuk mengeluarkan inisiatif pembangunan industri ke arah berkualiti tinggi, memulakan penggubalan piawaian dan penilaian jenama industri sumber tenaga serta mengumumkan “laporan penyelidikan kes tipikal industri sumber tenaga China”.