Lawatan Pelosi Dikutuk Masyarakat Antarabangsa

2022-08-08 13:47:30  CRI
Share with:

Lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan, China dikutuk oleh masyarakat antarabangsa yang menyifatkan perbuatan keji itu mencabuli kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China, menjejaskan kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan. Mereka turut menegaskan lagi prinsip Satu China dan menyokong tindakan balas yang diambil China.

"Lakonan politik arahan Pelosi itu telah mendatangkan kesan amat negatif kepada hal ehwal global. AS adalah perosak terbesar bagi kedamaian serantau bahkan dunia", ujar Ketua Institut Perundangan dan Hubungan Antarabangsa Peru, Miguel Rodrigues.

Bekas Speaker Dewan Perwakilan Brazil, Aldo Rebelo mendakwa dalam laporan media negara tersebut, lawatan Pelosi adalah provokasi serius terhadap China, dan merupakan isyarat yang amat salah kepada kuasa ‘kemerdekaan Taiwan’ yang boleh mengundang akibat yang buruk.

Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe menegaskan dalam hantaran media sosialnya bahawa pihaknya tidak berganjak daripada menaati dasar Satu China dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Pemimpin Parti French Unbowed, Jean Luc Melenchon berkata, hanya terdapat satu China di dunia ini dan Taiwan adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari China.

Wartawan kanan Rwanda, Gerald mbanda berkata, rakyat China memperjuangkan matlamat penyatuan semula negara. Muslihat AS yang "menyekat China menerusi isu Taiwan" dan lawatan Pelosi ke Taiwan yang dilihat melanggar perundangan dan norma asas antarabangsa, patut dikutuk masyarakat antarabangsa.

"China berhak menangkis campur tangan dari kuasa luaran dan menjadikan kuasa pemisah Taiwan menanggung akibatnya," ujar Penyelidik Pusat Pengajian Politik Antarabangsa Cuba, Eduardo Regalado.