PIJ, Israel Capai Gencatan Senjata

2022-08-08 13:08:54  CRI
Share with:

Palestinian Islamic Jihad (PIJ) pada malam Ahad mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

PIJ dalam pengumuman itu berkata bahawa pihaknya bersetuju mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Israel dengan usaha damai Mesir yang memberi komitmen untuk menasihatkan Israel membebaskan dua orang tahanan PIJ.

Gencatan senjata itu dilaporkan berkuatkuasa pada pukul 11.30 malam hari itu.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengalu-alukan usaha damai pihak Mesir tersebut.

Dalam satu kenyataan pada hari yang sama, pihak Israel mengesahkan pencapaian gencatan senjata dengan PIJ sambil mengucapkan terima kasih ke atas usaha damai Mesir, di samping berjanji "Israel berhak untuk bertindak balas dengan kuat, sekiranya gencatan senjata dilanggar pihak PIJ”.

Menurut statistik jabatan kesihatan Palestin di Gaza, konflik Palestin-Israel yang berlangsung selama tiga hari telah menyebabkan seramai 44 orang terbunuh dan lebih 300 orang cedera.