Lebih 160 Negara Tegas Kawal Dasar "Satu China"

2022-08-08 14:17:01  CRI
Share with:

Lebih 160 negara turut mengeluarkan kenyataan yang menegaskan mereka mengawal dasar “satu China” mutakhir ini.

 

Mengapa? Sebab, lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan jelas telah melanggar dasar “satu China”, meskipun White House membela bahawa dasarnya tidak berubah.

 

Amerika tidak boleh sewenang-wenangnya menafsirkan sendiri “satu China” mengikut selera dan tekak sendiri.

 

Antara kenyataan pelbagai negara, kenyataan dari Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China, Datuk Seri Tiong King Sing mendapat pujian tertinggi di media sosial China sebab dengan sikap jelas menegaskan Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China dan mengecam niat jahat Amerika.

 

King Sing menggesa dunia Barat supaya jangan melayan isu Taiwan dan isu Ukraine menerusi amalan dwistandard, sambil menggunakan Taiwan untuk memecahkan China dan mencampuri hal ehwal dalaman China.

 

Beliau berkata, tindakan untuk campur tangan dan mencabul kedaulatan negara lain atas nama “mempertahankan demokrasi” adalah bertentangan dengan prinsip asas undang-undang antarabangsa dan menjadi contoh buruk kepada masyarakat antarabangsa.

 

Memahami sejarah China dan asal usul isu Taiwan bukan masalah bagi kaum Cina di Malaysia, dan juga sebahagian netizen yang telah mendapati fakta melalui banyak membaca.

 

Dalam temu ramah CNN baru-baru ini, ketika peneraju menyatakan China sedang mengepung Taiwan, anggota kumpulan Rock terkemuka Pink Floyd, Roger Water menjawab bahawa China tidak mengepung Taiwan, sebab Taiwan adalah sebahagian daripada China, dan ia diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

 

Malah beliau menemeplak keras dengan berkata, “Kalau anda tidak tahu, ini mencerminkan anda kurang membaca. Anda boleh yakin pada propaganda, tapi anda tidak berhak membincangkan isu Taiwan di sini apatah lagi sekiranya anda kurang faham sejarahnya”.

 

Tapi propaganda Barat yang berkhidmat untuk agenda politik berusaha menipu sebahagian netizen yang lain. Bahkan, peneraju CNN yang menyifatkan dirinya mewakili “suara yang bebas” sebenarnya pun hanyalah pembesar suara propaganda Barat sahaja dan membantu memutar belitkan fakta.

 

Oleh itu, apa jua sokong terhadap “satu China” buat masa ini dihargai oleh orang China sebagai bantahan terhadap agenda jahat Barat dan juga kekuatan penting untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta keadilan antarabangsa.