Presiden Mongolia Ditemui Wang Yi

2022-08-09 14:18:04  CRI
Share with:

Presiden Mongolia, Ukhnaagiin Khurelsuh ditemui Menteri Luar China, Wang Yi di Ulan Bator pada Isnin.

Setelah meminta Wang Yi menyampaikan salam yang ikhlasnya kepada Presiden China Xi Jinping, Ukhnaagiin Khurelsuh menegaskan, Mongolia mengekalkan pelaksanaan prinsip Satu China, dan menganggap urusan melibatkan Taiwan, Hong Kong, Tibet, dan Xinjiang adalah hal ehwal dalaman China. Pihaknya tidak akan berganjak daripada pelaksanaan dasar tersebut. Di samping itu, Mongolia memuji usaha China berkongsi peluang pembangunan dengan jiran, membantu Mongolia mendorong pembangunan bersama dan kerjasama menang-menang, memperhebat penyelarasan dalam pelaksanaan strategi negara masing-masing, memperdalam kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pintu sempadan, infrastruktur serta pencegahan hakisan tanah dan pemuliharaan ekologi padang pasir, sehingga menaitaraf perkongsian strategik komprehensif ke satu tahap yang baharu.   

Wang Yi telah menyampaikan salam yang tulus dari Presiden Xi kepada Ukhnaagiin Khurelsuh. Sebagai negara besar yang boleh hidup senang bersama di mata negara jiran, sudi membekalkan bantuan dan memperjuangkan pembangunan bersama dengan negara jiran, China bersedia melaksanakan kata sepakat yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, menyasarkan pembentukan komuniti berkongsi nasib, memperdalam penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China dengan “Jalan Padang Rumput” anjuran Mongolia, Inisiatif Pembangunan Global anjuran China dengan “Dasar Pembangkitan Baharu” anjuran Mongolia, Matlamat Strategik “Dua Langkah” anjuran China dengan Gagasan Pembangunan Jangka Panjang Mongolia, di samping mengoptimumkan kelebihan sumber dan geologi, agar menyejahterakan rakyat kedua-dua negara dengan hasil perkembangan hubungan bilateral.

Sebelum ini, Wang Yi telah menemui Perdana Mentri Mongolia, Luvsannamsrai Oyun-Erdene dan Speaker Parlimen, Gombojavyn Zandanshatar.

Pada hari yang sama, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Mongolia, Battsetseg mengadakan pertemuan dan menghadiri sidang media bersama.