Sambutan Hari Sukan Negara

2022-08-09 16:31:58  CRI
Share with:

Hujung minggu lalu, Satria menghantar si kecil untuk menyertai latihan badminton, dan ketika berada di luar stadium, Satria secara kebetulan pula ternampak acara “Lumba Basikal Laoshan” sempena Hari Sukan Negara yang telah tertunda 2 tahun ekoran impak pandemik.

 

Satria langsung tertarik dan berdiri selama 2 jam meskipun di bawah sinar matahari yang sangat terik pada musim panas ini untuk sama-sama mengikuti dan menikmati pertandingan.

 

Kalau rakan-rakan nak tahu, di China, Hari Sukan Negara ditetapkan pada 8 Ogos setiap tahun yang juga untuk memperingati Sukan Olimpik Beijing yang dirasmikan pada 8 Ogos 2008. Kalau melihat perkembangan suasana sukan, khususnya dalam kalangan masyarakat, perubahannya memang luar biasa.

 

Pada tahun 2008, Satria sebagai wartawan yang masih hijau telah diberi kesempatan untuk membuat liputan Sukan Olimpik Beijing. Ketika melihat para atlet berusaha memperlihatkan terbaik, Satria pula berasa penuh dinamik.

 

Tapi itu saja. Sebab pada masa itu Satria dan majoriti masyarakat China berpendapat sukan adalah “kerja” untuk atlet. Meskipun Satria pernah mendapat tali pinggang hitam Taekwondo mengikuti latihan guru dari Korea Selatan dalam Universiti, tapi tiada tempat untuk meneruskan setelah lulus dan badan Satria beransur-ansur tambah gemuk setelah masuk kerja.

 

Tapi, seiring dengan konsep “sukan untuk setiap orang” semakin popular pada kira-kira sepuluh tahun ini, Satria pula pilih bersenam mengikuti aplikasi senam dalam telefon pintar pada tahun 2015 dan memasuki GYM pada tahun 2018.

 

Meskipun fizikal Satria memperlihatkan perubahan besar setelah mengikuti latihan profesional, tapi kadang-kadang melihat kawan-kawan yang berumur lebih 20 tahun dan penuh tenaga dalam GYM, Satria pula berfikir kalau GYM sudah menjadi popular di China ketika Satria masih muda, otot Satria mesti lebih hebat berbanding mereka.

 

Bukan itu sahaja, kadang-kadang terdetik dalam hati yang Satria juga mungkin boleh tular di media sosial!

 

Kalau melayari media sosial Wechat, Satria mendapati kawan sekelas si kecil menyertai perkhemahan besbol sempena cuti sekolah musim panas. Anak kawan Satria sedang menyertai pertandingan bola sepak kalangan sekolah rendah anjuran bandar Beijing.

 

Minggu lalu Satria membawa sekuarga bercuti di satu tempat peranginan, dan turut mendapati kanak-kanak berbaris untuk mencuba memanjat batu, memanah serta mesin ski sambil ditemani ibu bapa.

 

Selain turut sama menyertai aktiviti sukan, pandangan masyarakat China terhadap pingat dan atlet pula berubah.

 

Atlet yang telah berani mencabar diri dilihat sebagai pahlawan, tak kiralah sama ada mereka memenangi pingat emas atau tidak. Bahkan, ramai atlet menjadi bintang yang lebih popular daripada selebriti.

 

Berbalik ke cerita awal tadi, sampai waktu tamat latihan badminton, Satria masuk stadium untuk menjemputnya, kebetulan jurulatih sedang mengadakan satu ujian yang kecil kepada setiap orang.

 

Persembahannya lumayan dan lebih baik berbanding jangkaan. Ketika dianugerahi sijil oleh jurulatih di depan papan promosi Hari Sukan Negara, Satria dan ibu bapa anak-anak yang lain amat gembira dan bertepuk tangan untuk mereka.

 

Sangat untung kerana bagi kami, mereka adalah generasi yang sedang menikmati kehidupan yang paling bahagia dan berkualiti dalam sejarah China.