Kawat Tahniah Xi atas Ulang Tahun ke-57 Singapura
Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Halimah Yacob sempena ulang tahun ke-57 Republik itu.
Menurut Xi, Singapura mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pembangunan mengikut jalan yang sesuai dengan tata hukum negara sendiri sejak ditubuhkan pada 57 tahun yang lalu. China dan Singapura mempunyai hubungan yang erat dan bersahabat dan kerjasama dua hala amat luas dan mendalam.
Xi menyatakan beliau amat mementingkan hubungan kedua-dua negara, bersedia bersama-sama dengan Presiden Halimah Yacob membimbing penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan negara masing-masing, dan memperkasakan kerjasama bertaraf tinggi untuk mendorong hubungan bilateral berkembang ke satu tahap lebih tinggi demi kesejahteraan rakyat.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.
Beliau menyatakan China bersedia bersama-sama dengan Singapura mendorong pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Lalu (BRI) ke arah berkualiti tinggi, mendorong pembinaan laluan darat dan maritim baharu dan memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan pembangunan hijau supaya dapati menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.
Selain itu, Menteri Luar China, Wang Yi juga mengutuskan kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan pada hari ini.