“Demokrasi” yang Dijajakan Pelosi Tak Laku

2022-08-09 15:31:59  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi telah melawat Taiwan China dengan mengibarkan bendera “demokrasi”, dan mengwar-warkan untuk “menyokong demokrasi”. Namun, penduduk Taiwan China jelas sekali akan plot sebenarnya. Ada pembantah menyatakan bahawa tujuan lawatan Pelosi ke Taiwan hanya adalah untuk mengaut laba peribadi, parti dan negaranya. Ada orang lagi menyatakan bahawa penduduk Taiwan yang mencintai kedamaian, enggan menjadi korbanan demi AS dan menolak menjadi orang berdosa bagi bangsa China.

 

Dalam sidang media Rumah Putih pada 5 Ogos lalu, ada wartawan bertanya sama ada Pelosi bertanggungjawab terhadap terputusnya hubungan China-AS dan juga ada wartawan mendakwa lawatan Pelosi telah menyebabkan situasi Selat Taiwan makin meruncing.

Lawatan Pelosi sama sekali bukan untuk memelihara demokrasi, dan hanya adalah untuk menghasut perpecahan dan menginjak-injak demokrasi. Demokrasi bermaksud rakyat menjadi tuan rumah negara. Dalam isu Taiwan, pendirian rakyat China yang berpopulasi 1.4 bilion untuk memelihara  kedaulatan dan keutuhan wilayah, dan tidak menyediakan sebarang ruang kepada kuasa “kemerdekaan Taiwan” dengan apa jua cara, adalah konsisten dan teguh. Kalau benar-benar mahu memelihara demokrasi, Pelosi sepatutnya menghormati hasrat bersama rakyat China. Kalau tidak, beliau sememangnya memilih pendirian yang berlawanan dengan demokrasi.

Pada beberapa hari lalu, tindakan balas China yang munasabah telah mendapat sokongan meluas dari masyarakat antarabangsa.Tindakan balas China bukan sahaja merupakan amaran serius terhadap provokator, tetapi juga pemeliharaan teguh terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah. Ia sebenarnya balasan tegas yang mahu dikeluarkan oleh negara dan kawasan yang terjejas teruk “demokrasi gaya AS”. Sebanyak lebih 170 buah negara dan pertubuhan antarabangsa memilih mengutuk lawatan Pelosi ke Taiwan dan menyatakan sokongan terhadap prinsip Satu China dan usaha China dalam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah.

Pasaran yang mahu menerima apa yang disebut “demokrasi”yang dijaja oleh Pelosi makin kecil.