Lima Aspek Diutamakan dalam Perkembangan Perkongsian Strategik China-Korea Selatan

2022-08-10 11:59:36  CRI
Share with:

Berdepan dengan tempoh 30 tahun yang akan datang, China dan Korea Selatan sepatutnya mempertahankan pelaksanaan dasar yang berinisiatif dan berdikari dengan mengetepikan gangguan luaran, sepatutnya menjunjung tinggi persahabatan, menyemarakkan semangat kejiranan, mengambil kira keprihatinan masing-masing; sepatutnya mengekalkan pelaksanaan dasar yang terbuka dan menang-menang dan memelihara kestabilan dan kelancaran rantaian perkilangan dan pembekalan; sepatutnya mengambil sikap sama rata dan saling hormat dan tidak mencampur tangan dalam urusan dalaman pihak lain; dan sepatutnya mengamalkan multilaterlisme dan mematuhi manifesto dan prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemui rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Park Jin di bandar Qingdao, provinsi Shandong pada Selasa.

Beliau menambah, dengan momentum ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik, China dan Korea Selatan diharap saling menghormati, menyokong, dan mengukuhkan pencapaian, sehingga mendatangkan kesejahteraan kepada negara dan rakyat masing-masing sekaligus memastikan pembangunan serantau berjalan di landasan yang damai, makmur dan mantap.

Park Jin menegaskan, pihaknya bersedia memanfaatkan momentum berkenaan untuk menjayakan ikatan kedua-dua negara dengan lebih matang dan sihat menerusi pelaksanaan dasar yang saling hormat, sama rata dan saling percaya serta kerjasama yang terbuka dan inklusif.