Perhimpunan 5G Dunia 2022 Dirasmikan

2022-08-10 14:46:52  CRI
Share with:

Perhimpunan 5G Dunia 2022 yang bertemakan “membina ekosistem 5G dan menggalakkan penciptaan bersama dan perkongsian faedah” yang akan berlangsung selama tiga hari secara hibrid, telah membuka tirainya di Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laut China hari ini.

Para pengunjung berpeluang menyaksikan kemajuan teknologi dan produk inovatif dalam industri 5G melalui mesyuarat, pameran, pertandingan dan rundingan semasa berlangsungnya perhimpunan tersebut. Sementara itu, pakar dan sarjana terkenal dalam bidang telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut atas undangan juga berpeluang bersama-sama membincangkan topik yang melibatkan kerjasama antarabangsa, perkembangan teknologi pada masa depan, industri digital, 5G+aplikasi industri dan sebagainya.