Perangkaan Perdagangan Luar China Melampaui Unjuran

2022-08-10 15:21:47  CRI
Share with:

Menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, perangkaan eksport China meningkat 18% pada bulan Julai lalu, dengan mencecah sebanyak USD332.96 bilion (RM1.48 trilion), iaitu melampaui unjuran luar. Serentak itu, lebihan dagangan China bulan Julai meningkat 81.5% dengan mencatat USD101.26 bilion (RM451 bilion), merupakan rekod baharu untuk tempoh yang sama dalam sejarah. 

Sebelum perangkaan tersebut diumumkan, Reuters pernah mengeluarkan unjuran kira-kira 15% tentang pertumbuhan eksport China pada bulan Julai, manakala unjuran yang dibuat ahli ekonomi yang diwawancara oleh Bloomberg News adalah 14.1%. Consumer News and Business Channel (CNBC) Amerika Syarikat dalam satu laporannya menyatakan bahawa pertumbuhan eksport China yang melampaui unjuran akan membawa rangsangan insentif kepada ekonomi negara ini.

Menurut rekod, jumlah perdagangan luar China menokok sebanyak RMB23.6 trilion (RM14.75 trilion) dalam tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 10.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Prestasi perdagangan luar China tersebut tidak terlepas dari pemulihan rantai industri dan bekalan yang cepat, serta pertambahan permintaan domestik. Selain itu, yang lebih penting adalah kerana China mengekalkan dan memperincikan pelaksanaan dasar pintu terbuka dan sudi berkongsi dividen pasaran dengan masyarakat sejagat yang dilihat kondusif bagi sektor korporat kekal optimis terhadap prospek pasaran China.

China sentiasa mengambil tindakan yang substantifr untuk mendorong globalisasi ekonomi dan berusaha menjalankan kerjasama untuk mewujudkan pencapaian menang-menang.

Prestasi perdagangan luar China yang luar jangkaan itu menandakan ekonomi China berkembang dengan stabil dan menuju ke arah yang baik . Walaupun masih menghadapi banyak isu yang tidak menentu,  ekonomi China tetap menunjukkan kecenderungan yang kental, berpotensi dan masa depannya cerah, sedangkan pelaksanaan dasar pintu terbuka tetap konsisten di negara ini.