Beijing Lancar 'Buku Akaun' Karbon Peribadi

2022-08-10 12:36:34  CRI
Share with:

 "Musim Kehidupan Hijau", aplikasi telefon pintar khusus untuk aktiviti mesra alam pertama di Beijing dilancarkan pada Rabu.

Aplikasi tersebut merupakan platform utama bagi penduduk Beijing untuk mengambil bahagian dalam usaha mengurangkan pencemaran dan pelepasan karbon.

Setiap individu terlibat akan diberikan 'buku akaun' karbon peribadi dan boleh memperoleh ganjaran selepas melakukan aktiviti hijau dan rendah karbon.

Sebagai platform aktiviti karbon umum di Beijing, aplikasi tersebut terdiri daripada lapan bahagian, termasuk kehidupan hijau, kredit karbon hijau dan perjalanan hijau.

Aktiviti hijau seperti menunggang basikal, menggunakan kereta tenaga baharu, tidak menggunakan peralatan makan pakai buang, dan membeli peralatan rumah jimat elektrik akan dicatat melalui pertukaran mata yang sepadan bagi memperoleh pelbagai ganjaran.

Pada masa hadapan, orang ramai juga akan menerima insentif kebajikan awam, perniagaan dan dasar, atau menjadi asas untuk kredit hijau peribadi.

Aplikasi Musim Kehidupan Hijau tersebut membolehkan semua individu mengambil bahagian dalam merealisasikan matlamat sasaran puncak pelepasan karbon dan neutral karbon di bandar Beijing.