Pencabul Hak Asasi Manusia Perlu Diheret ke Muka Pengadilan
Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS) mengeluarkan satu laporan pada Selasa untuk mendedahkan siri jenayah serius yang melanggar undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat dan kawasan sekitarnya.
Jenayah-jenayah yang mencetuskan peperangan, membunuh penduduk awam dan mengenakan sekatan unilateral secara sewenang-wenang di Asia Barat dan kawasan sekitarnya turut membuktikan AS merupakan pembawa malapetaka kepada dunia Islam.
Statistik dari majalah Smithsonian AS menunjukkan, peperangan yang dicetuskan dan operasi ketenteraan yang dilancarkan AS dengan bertudung “anti-keganasan” merangkumi kira-kira 40 peratus negara di dunia ini. Peperangan yang dicetuskan AS dalam tempoh 20 tahun lalu mengakibatkan lebih 800 ribu orang terbunuh dengan 335 ribu antaranya adalah penduduk awam.
Menurut laporan The New York Times AS pada bulan November 2021, tentera AS pernah menjatuhkan bom seberat 2,500 paun di kawasan sempadan Syria yang mengakibatkan kematian penduduk awam termasuk sekurang-kurangnya 64 wanita dan kanak -kanak.
Yang paling mengejikan, tentera AS dilaporkan menyembunyikan jenayah tersebut dengan mengurangkan angka kematian, dan menangguhkan bahkan menghapuskan laporan berkenaan.
Setakat ini, AS tetap membekukan aset bank pusat Afghanistan yang bernilai beberapa bilion US dolar sehingga menyebabkan keadaan ekonomi di negara itu semakin buruk.
Iraq dilaporkan pernah mencuba tiga kali untuk membeli vaksin menerusi Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 Global (COVAX) WHO, namun gagal membayar disebabkan sekatan dari AS. Menurut anggaran Institusi Brookings AS, sekatan itu mungkin akan mempunyai kaitan dengan jumlah kes kematian sebanyak 13 ribu di Iraq dalam penularan COVID-19.
Laporan projek penyelidikan “kos peperangan” yang dikeluarkan Universiti Brown AS menunjukkan, seramai ratusan ribu orang termasuk kaum muslim, golongan wanita dan golongan bawah umur telah ditahan dalam “penjara gelap” yang dibina AS di lebih 54 buah negara dan kawasan selepas berlakunya Tragedi ‘11 September’.
Sentimen Islamophobia yang dicetuskan AS dan kemudian disebarkan di seluruh negaranya dan beberapa negara Barat terbukti berhasil dalam menjatuhkan maruah dan memburukkan imej negara-negara Islam.
Kes tembakan yang menyasarkan penduduk Islam di negeri New Mexico, AS baru-baru ini dianggap berkaitan dengan kebencian dan turut mengakibatkan rasa panik di kalangan penduduk Islam negara itu.
Jenayah yang dilakukan AS di Asia Barat dan kawasan sekitarnya membuktikan negara Uncle Sam adalah perosak dan pencabul utama kepada usaha hak asasi manusia di dunia dan sangat perlu diheret ke muka pengadilan.