Kertas Putih “Isu Taiwan dan Usaha Penyatuan China Era Baharu” Diterbitkan

2022-08-10 13:34:24  CRI
Share with:

 

Kertas putih “Isu Taiwan dan Usaha Penyatuan China Era Baharu” telah diumumkan Pejabat Hal Ehwal Taiwan dan Pejabat Penerangan Dewan Negara pagi tadi untuk sekali lagi menegaskan realiti dan keadaan terkini Taiwan sebagai sebahagian China, memperlihatkan keazaman kukuh Parti Komunis China (PKC) dan rakyat China untuk mencapai penyatuan tanah air, sekali gus menerangkan pendirian dan dasar dijalankan PKC dan kerajaan China dalam usaha penyatuan negara pada zaman baharu ini.

 

Menurut kertas putih tersebut, jelasnya Taiwan dimiliki China sejak zaman silam dari segi sejarah dan undang-undang. Resolusi No. 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merupakan dokumen politik yang menunjukkan prinsip “Satu China” yang tidak boleh diputarbalikkan. Sementara itu, prinsip “Satu China” sebagai konsensus umum masyarakat antarabangsa wajib dipatuhi sebagai tindakan mematuhi tata tertib hubungan antarabangsa. ‘Taiwan sebahagian China’ tidak dapat dinafikan dari segi sejarah dan undang-undang, manakala kedudukan Taiwan ‘bukan sebagai sebuah negara melainkan sebahagian China’ pula mustahil berubah.

 

Kertas putih tersebut juga menegaskan PKC sentiasa menjadikan penyelesaian isu Taiwan dan penyatuan tanah air sebagai misi sejarahnya yang tidak boleh dilepaskan. Di bawah pimpinan PKC, hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan telah menyaksikan tercapainya kemajuan besar dalam tempoh lebih 70 tahun lalu.

 

Menurut kertas putih ini, China bersedia terus mencari sebarang peluang demi penyatuan tanah air secara damai, namun tidak akan memberi sebarang peluang kepada kegiatan perpisahan untuk “kemerdekaan Taiwan”.

 

Kertas putih tersebut menunjukkan bahawa, dengan adanya pedoman “Satu Negara Dua Sistem”, bangsa China boleh merealisasikan penyatuan kedua-dua pantai Selat Taiwan secara damai, bersama-sama memperjuangkan kemajuan dan kebangkitan bangsa, mencipta peluang kepada pembangunan sosioekonomi Taiwan dan membawa manfaat substantif kepada penduduk di Taiwan. Pada waktu yang sama, penyatuan damai kedua-dua Selat Taiwan bukan sahaja berfaedah bagi bangsa China dan rakyat China, malah juga baik bagi masyarakat antarabangsa dan rakyat sejagat.