Isu China Harus Ditentukan Rakyat China

2022-08-11 14:04:41  CRI
Share with:


“Isu China harus ditentukan rakyat China”, ayat yang terkandung dalam kertas putih “Isu Taiwan dan Usaha Penyatuan China Era Baharu” yang baru diumumkan kerajaan China semalam, memberikan satu isyarat yang jelas bahawa isu Taiwan merupakan urusan dalaman China yang melibatkan kepentingan teras negara serta perasaan bangsa, dan tidak boleh dicampur tangan oleh sebarang pihak.

 

China menerbitkan kertas putih tersebut untuk menerangkan asal usul sejarah tentang isu Taiwan, menunjukkan prospek cerah penyatuan kedua-dua pantai Selat Taiwan secara damai dalam kerangka “Satu Negara, Dua Sistem”. Kertas putih itu dilihat sebagai tindakan balas yang kuat terhadap lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan, cerminan strategi China untuk menyelesaikan isu Taiwan pada zaman baharu ini, dan berfaedah bagi kemakmuran dan kestabilan rantau Asia Pasifik dan sedunia.

 

Apakah prinsip “Satu China”? Jawapannya hanya satu sahaja, iaitu hanya terdapat satu China di dunia, Taiwan hanya sebahagian daripada China yang tidak boleh dipisahkan, manakala Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan yang sah yang mewakili China.

Yang demikian merupakan asas politik pergaulan China dengan pelbagai negara, dan juga boleh dirujuk kepada bukti sejarah. Baik “Deklarasi Kaherah” yang ditandatangani pada 1943 mahupun “Deklarasi Potsdam” yang dicapai pada 1945, mengandungi fasal fasal yang sangat jelas bahawa China memiliki kedaulatan wilayah terhadap Taiwan. Selain itu, Resolusi No. 2758 yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merupakan dokumen politik  yang menunjukkan prinsip “Satu China” yang berkuatkuasa dalam senario global.

 

Menyentuh lawatan dilakukan Nancy Pelosi ke Taiwan, lebih 170 buah negara dan banyak pertubuhan antarabangsa memilih menyokong pendirian China dan prinsip “Satu China”. Ini membuktikan bahawa jelaslah Taiwan dimiliki China dari segi sejarah dan undang-undang.

 

Sebagai isu ketinggalan Perang Saudara China, isu Taiwan belum diselesaikan hingga hari ini. Punca luaran yang paling utama adalah campur tangan AS. Walaupun mengiktiraf secara tertulis “Hanya terdapat satu China, Taiwan sebahagian China, Republik Rakyat China satu-satunya kerajaan sah yang mewakili China” dalam tiga “Pengumuman Bersama China-AS”, AS tetap memilih melakukan perbuatan yang tidak selaras dengan janjinya.


Setelah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, AS masih terus mencipta “asalan undang-undang” seperti “Akta Hubungan dengan Taiwan” dan “ Enam Jaminan terhadap Taiwan” untuk menyokong dan mencetuskan provokasi bersama-sama kuasa pemisah untuk “Kemerdekaan Taiwan”.

Kertas putih tersebut buat kali pertama menggaris prospek penyatuan kedua-dua pantai Selat Taiwan secara damai dalam kerangka “Satu Negara, Dua Sistem”, dengan menyebut bahawa ruang pembangunan Taiwan akan makin luas, memastikan kepentingan penduduk Taiwan terpelihara, bersama-sama mendorong kemakmuran bangsa China, dan akan berfaedah bagi keamanan dan pembangunan rantau Asia Pasifik bahkan seluruh dunia.


Misi sejarah penyatuan China secara menyeluruh pasti boleh dijayakan, dan tentu akan dijayakan. Mereka yang masih degil percaya pada plot “menyekat China melalui isu Taiwan” dan “mengejar kemerdekaan dengan bergantung pada AS”, cubalah belajar sedkit sebanyak dengan bersungguh-sungguh membaca kertas putih tersebut.