Pameran Pelancongan EXPO China-ASEAN 2022 Bakal Diadakan di Guilin
Pameran Pelancongan EXPO China-ASEAN 2022 diumumkan akan diadakan di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Guilin, wilayah Guangxi pada 19 hingga 21 September.
Kerjasama pelancongan China-ASEAN (10+1) dijangka dapat diperluas ke perkhidmatan untuk RCEP (10+5), momentum konsisten dapat dijana untuk kerjasama pelancongan dan perdagangan antara China-ASEAN, dan langkah pembangunan bandar Guilin dapat dipercepat menuju ke arah bandar pelancongan dan destinasi pelancongan bertaraf dunia, melalui berlangsungnya pameran yang bertemakan “berkongsi peluang baharu RCEP dan membina bersama-sama pola baharu pembangunan kebudayaan dan pelancongan” itu.
Menurut maklumat berkenaan, di zon pameran seluas kira-kira 25,000 meter persegi itu tersedia tujuh balai untuk mempamerkan produk dan pakej dari sembilan sektor yang merangkumi rekaan imej kebudayaan dan pelancongan, pelancongan pintar, pelancongan meteorologi dan iklim, pelancongan warisan budaya, penggunaan kebudayaan dan pelancongan, barangan pelancongan, pelancongan rekreasi dan kesihatan, kelengkapan perkhemahan dan produk budaya kreatif.