China Cekal Balas Setiap Provokasi Luar terhadap Urusan Dalaman

2022-08-11 13:10:01  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam telah membantah ucapan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelos, dan menyatakan bahawa Pelosi sebagai pembesar politik No.3 dalam pentadbiran AS sekarang melakukan perjalanan ke Taiwan dengan menumpang kapal terbang tentera, seterusnya semasa lawatannya di Taiwan, Pelosi berkali-kali mencanangkan lawatanya bersifat rasmi dan mewakili AS. Sementara itu, pihak berkuasa Taiwan yang dipimpin Parti Progresif Demokratik (DPP)  menguar-uarkan lawatan Pelosi merupakan satu lonjakan besar bagi hubungan Taiwan-AS. Kesemua ini membuktikan bahawa lawatan Pelosi ke Taiwan adalah penaiktarafan hubungan AS-Taiwan, yang dilihat provokasi politik yang serius terhadap China.

Menurut laporan berkenaan, Pelosi ketika diwawancara baru-baru ini menyatakan bahawa dia tidak faham kenapa lawatannya diberi tumpuan yang begitu besar oleh China, dan lawatan ahli Kongres AS yang lain ke Taiwan pada beberapa bulan lalu tidak melahirkan sebarang pengaruh negatif. Dia juga menyatakan AS sepatutnya tidak boleh membenarkan China bertindak mengasingkan Taiwan.

Wang menekankan bahawa China akan cekal membalas setiap tindakan AS yang mencemarkan kedaulatan dan mencampuri urusan domestik negara ini.

Jika benar-benar mahu mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati pemeliharaan kedaulatan dan keutuhan wilayah pelbagai negara seperti yang dikatakannya, AS sepatutnya berpegang pada prinsip Satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS dengan bersungguh-sungguh, melepaskan niat mengekang China melalui mempergunakan isu Taiwan dan mengambil langkah yang berfaedah bagi perkembangan hubungan dua hala dan kedamaian Selat Taiwan.