"Ilusi Cip" AS Gagal Isi Kelaparan Diri
Media Amerika Syarikat (AS) tidak mengambil sikap optimis terhadap Akta Cip dan Sains yang baru ditandatangani Presiden, Joe Biden. Menurut The New York Times, akta yang nampaknya penuh ambisi itu sukar menyaksikan keberkesanannya pada beberapa tahun yang akan datang. Menurut Washington Post pula, Profesor Madya Sarah Bauerle Danzman dari Univrsiti Indiana, mencuriga akta itu yang boleh menjadi "kebodohan berharga" atau "agen pemangkin yang manjur bagi inovasi".
Kenapa akta sepanjang 1,000 halaman itu disyaki secara meluas? Kerana AS menghasilkan "ilusi" bernilai USD280 bilion (RM1,243 bilion) bagi menarik sektor perkilangan cip (kurang dari 28 nanometer) yang canggih berhimpun di dalam negerinya, demi memelihara hegemoni teknologi sendiri.
Sementara itu, syarikat yang mendapat subsidi AS tidak dibenarkan mengadakan “perdagangan besar” atau menanam pelaburan dengan “negara yang dibimbang AS“ termasuk China. "Perlindungan" yang menyentuh China secara terang-terangan itu mendedahkan kebimbangan strategik yang luar kawalan.
Akta yang memaksa perusahaan cip memihak itu bertujuan untuk mencipta halangan kepada sektor semikonduktor China sekaligus memperkukuh dominasi AS dalam bidang terbabit.
Menurut unjuran Kumpulan Perunding Boston, sekiranya mengamalkan dasar mandatori "melepaskan kaitan dengan China dalam bidang teknologi", Washington berkemungkinan boleh membawa masalah kepada Beijing pada masa terdekat, namun perusahaan semikonduktor domestiknya akan terpaksa menanggung kehilangan syer pasaran sebanyak 18%, dan berkurangnya pendapatan sebanyak 37%, selain berkurangnya 15,000 hingga 40,000 pos kerja dalam bidang teknologi tinggi.
Mengimbau balik sejarah hubungan kedua-dua negara, pernahkah AS berjaya mencapai matlamatnya dalam penindasannya terhadap China? Contohnya, AS pernah giat mengasingkan China keluar dari "kelab angkasa lepas" menerusi Laporan Cox dan Fasa Wolf. Bagaimanapun, stesen angkasa lepas "Tiangong" kendalian China yang beroperasi lancar sekarang ini merupakan bahan bukti terbaik yang mencerminkan kegagalan plot seumpama itu.
Campur tangan politik tidak selaras dengan hukum pasaran, dan sekatan teknologi bercanggah dengan arus perkembangan. Tidak lama lagi, AS akan sedar bahawa tepuk air di dalang, terpercik ke muka sendiri.