China Pemiutang Terbesar Tangguh Terima Bayaran Hutang

2022-08-12 13:20:50  CRI
Share with:

China melaksanakan sepenuhnya Inisiatif Penggantungan Perkhidmatan Hutang (DSSI) G20 dan merupakan negara pemiutang terbesar di kalangan negara anggota G20 yang sudi menangguhkan penerimaan bayaran hutang.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin pada sidang media Khamis lalu.

Menurut Wang, nisbah pinjaman yang disediakan China kepada negara-negara membangun seperti Bangladesh dan Sri Lanka dalam keseluruhan global jauh lebih kecil berbanding dengan pasaran modal antarabangsa dan institusi kewangan pelbagai hala yang diterajui negara-negara Barat.

“Pinjaman China tersebut adalah pinjaman konsesi dengan kadar faedah yang rendah dan jangka masa kematangan yang panjang. 

“Pinjaman seumpama itu bukan saja tidak akan menambah beban hutang negara-negara terbabit, sebaliknya boleh memainkan peranan positif dalam pembinaan infrastruktur dan peningkatan tahap hidup rakyat setempat,” kata Wang.

Menurut Wang, terdapat pegawai kanan Bangladesh yang mengucapkan terima kasih kepada China baru-baru ini atas bantuan dan pinjaman kepada negaranya, dan mengalu-alukan China melakukan kerjasama yang saling menguntungkan di negaranya.  

“Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Barat yang lain pula menerbitkan sejumlah besar bon berfaedah tinggi di negara-negara membangun untuk memperoleh pulangan yang besar, sehingga menyebabkan jumlah hutang melambung di negara-negara tersebut dan kemudian pihaknya berubah menjadi tukang catut dalam pelaksanaan dasar deflasi dan spekulasi pasaran. 

“Kem Barat yang diketuai AS juga mengenakan sekatan secara sepihak dan mereka-reka halangan tarif yang turut memberi impak negatif terhadap keselamatan rantaian bekalan dan perindustrian global serta mengakibatkan lonjakan harga komoditi pukal seperti sumber tenaga dan bijirin, sekali gus memburukkan keadaan ekonomi dan kewangan negara-negara membangun,” kata jurucakap itu.