China Sokong IAEA Terus Main Peranan Positif

2022-08-12 14:25:55  CRI
Share with:


Dalam satu mesyuarat sementara anjuran Majlis Keselamatan PBB melibatkan situasi Loji Penjana Nuklear Zaporizhzhia, wakil tetap China di PBB, Zhang Jun berkata, pihak China mengambil perhatian pada keselamatan kemudahan nuklear di wilayah Ukraine dan kes serangan terhadap loji nuklear Zaporizhzhia baru-baru ini. China berharap kumpulan pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) boleh melaksanakan lawatan penyiasatan secepat mungkin.


Zhang menegaskan bahawa loji nuklear Zaporizhzhia sebagai yang terbesar di Eropah, jika mengalami kes kemalangan besar-besaran, akan mengakibatkan malapetaka yang lebih buruk daripada kes kebocoran nuklear di Fukushima, Jepun sebelum ini. Oleh itu, China menyeru pihak terlibat mengawal tindakan masing-masing supaya mengelakkan tindakan yang mungkin mengancam keselamatan nuklear dan terjadinya kes luar jangkaan dengan sedapat mungkin.


China sentiasa menyokong peranan dimainkan IAEA dalam mendorong keselamatan dan perlindungan keselamatan nuklear di samping menjalankan tugas penyeliaan mengikut amanah berkenaan.


Sementara itu, China menyeru masyarakat antarabangsa mendorong penyelesaian krisis tersebut melalui langkah yang bertanggungjawab, terus berusaha mengambil tindakan dari segi politik dan diplomatik, dan menyediakan syarat bagi pemulihan rundingan. China akan terus memainkan peranan yang bersifat membina demi matlamat tersebut.