Lawatan Pelosi ke Taiwan Menginjak Demokrasi

2022-08-13 14:20:42  CRI
Share with:

Lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan merupakan tindakan menginjak demokrasi, sekali gus memperlihatkan AS meletakkan kepentingannya sendiri di atas keadilan antarabangsa.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang akhbar Jumaat sebagai respons terhadap kenyataan Pelosi yang mencanangkan bahawa lawatannya ke Taiwan bersangkut paut dengan demokrasi di Taiwan, selaras dengan pendirian kerajaan AS yang melaksanakan dasar Satu China, serta bukan cubaan untuk mengubah keadaan semasa di Selat Taiwan.

“Kenyataan Pelosi tersebut bukti lagi tujuan lawatannya ke Taiwan China adalah untuk memberikan sokongan kepada puak pemisah untuk ‘kemerdekaan Taiwan’.

“Lawatannya bukan untuk tujuan demokrasi, melainkan lakonan politik yang membelakangi tekad rakyat China yang berpopulasi lebih 1.4 bilion orang, dan cabaran terhadap prinsip Satu China yang diiktiraf secara meluas masyarakat antarabangsa,” kata Wang.

Wang menambah, dengan ini, China sangat perlu mengambil tindakan balas terhadap provokasi AS untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara, menegakkan norma asas dalam hubungan antarabangsa yang tidak mencampuri urusan dalaman negara lain serta memelihara keamanan dan kestabilan Selat Taiwan.

“China akan bergandingan bahu dengan rakan-rakan di semua negara yang mencintai keamanan dan menentang perkataan dan tindakan yang mencampuri urusan dalaman negara lain, tegas menolak semua pergerakan yang menjejaskan keamanan serantau, untuk bersama-sama menegakkan manifesto dan prinsip Piagam PBB, dan memelihara kestabilan serantau dan keamanan dunia,” kata jurucakap itu.