Perlumbaan Perahu Naga, Tarikan Pelancongan di Guizhou

2022-08-14 16:46:31  CRI
Share with:

Perlumbaan perahu naga dan persiaran perahu naga di kaunti Zhenyuan provinsi Guizhou telah dijadikan tarikan utama bagi ramai pelancong. Menurut maklumat berkenaan, kaunti Zhenyuan adalah sebuah tempat yang terkenal dalam sejarah China. Perlumbaan perahu naga Zhenyuan tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara di peringkat kebangsaan untuk kumpulan ketiga pada bulan Mei tahun 2011.