Sokongan Antarabangsa kepada Kertas Putih “Masalah Taiwan dan Usaha Penyatuan China Era Baharu”

2022-08-14 15:19:57  CRI
Share with:

Kertas putih “Masalah Taiwan dan Usaha Penyatuan China Era Baharu” telah diumumkan Pejabat Hal Ehwal Taiwan dan Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada 10 Ogos lalu. Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan China melalui kertas putih tersebut, menerangkan pendirian dan dasar negara dalam usaha memperjuangkan penyatuan tanah air pada zaman baharu ini.

Menurut ramai tokoh dari pelbagai negara, Taiwan ialah sebahagian China, manakala prinsip “Satu China” merupakan konsensus masyarakat antarabangsa. Kertas putih ini mencerminkan keazaman kukuh China untuk mengejar penyatuan negara.

Pengerusi Pusat Asia Inklusif Baharu Malaysia, Tan Sri Ong Tee Keat menyatakan isu Taiwan sudah lama digunakan oleh pihak Amerika Syarikat (AS) sebagai alat politik geografi untuk menyekat pembangunan China. Menurut beliau, penerbitan kertas putih tersebut adalah perlu dan tepat pada waktunya. Isu Taiwan sebagai urusan dalaman China harus diselesaikan oleh rakyat China sendiri.

Penyelidik Pusat Pengajian Strategik Antarabangsa Indonesia, Veronika Sintha Saraswati pula menunjukkan bahawa Taiwan sebahagian China. Pelbagai negara perlu menghormati dan menyokong usaha China dalam melindungi kedaulatan dan keutuhan wilayah sendiri. Isu Taiwan tidak sepatutnya dijadikan alasan atau alat untuk kegunaan kuasa luar dalam mencampur tangan urusan dalaman China.

Prof. Joseph Mathews dari Universiti Antarabangsa Beltei Kemboja menyatakan bahawa sesetengah kuasa luar berniat mengubah situasi Selat Taiwan, menyokong anasir pemisah untuk “Kemerdekaan Taiwan” dan menjejaskan keamanan, ketenteraman dan pembangunan ekonomi serantau. Beliau menegaskan, Taiwan sebahagian China, sebarang percubaan yang hendak “menyekat pembangunan China melalui isu Taiwan” ditakdir gagal.