Pasukan AS Empat Kali Curi Minyak Syria Bulan Ini

2022-08-14 15:12:34  CRI
Share with:

Sebanyak 89 truk tangki minyak muatan penuh milik Pasukan Amerika Syarikat (AS) di Syria dilaporkan dipandu menuju ke pangkalan tentera AS di Iraq semalam, setelah selesai mencuri minyak tanah di bahagian timur laut Syria.

Ini merupakan kali keempat pasukan AS mencuri minyak di Syria kemudian mengangkutnya ke Iraq pada bulan ini. Kerajaan Syria sudah berkali-kali mengutuk perbuatan keji seumpama ini yang dilihat boleh menjadikan malapetaka kemanusiaan di wilayah negaranya semakin kritikal.