Jepun Nafikan Sejarah Pencerobohan Tidak Boleh Diterima

2022-08-15 14:46:18  CRI
Share with:

Perang Dunia Kedua berakhir apabila Jepun menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos tahun 1945. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekuatan dari Jepun nekad mengamalkan fahaman salah mengenai isu sejarah, berulang kali menafikan, memutarbelitkan malah mengelokkan sejarah pencerobohan negara itu untuk mengelakkan tanggungjawab. Tokoh-tokoh dari beberapa negara Asia berpendapat bahawa tindakan Jepun tersebut amat berbahaya dan tidak boleh diterima.

Chong Tien Siong, pengulas veteran Malaysia yang kini menetap di Singapura menyatakan, pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia Kedua menyebabkan sejumlah besar kematian terutamanya di negara-negara Asia, termasuk Singapura. Inilah fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Beliau berpendapat bahawa setiap tahun rakyat Asia akan memperingati mangsa yang tidak bersalah itu untuk ingat akan sejarah yang tidak harus dilupai. Namun, ahli politik sayap kanan Jepun menuntut perbelanjaan pertahanan ditingkatkan ke tahap dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tempoh lima tahun akan datang, dan ini bermakna perbelanjaan pertahanan Jepun akan berganda dalam tempoh yang singkat.

Oleh itu, menurut Chong, negara-negara Asia di sekitar Jepun berasa bimbang tentang tindakan Jepun yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia mungkin membawa Jepun ke kancah kejahatan, sekali gus menjatuhkan seluruh Asia ke dalam situasi yang amat berbahaya.