Pemulihan Ekonomi China Kukuhkan Keyakinan Dunia

2022-08-16 13:42:07  CRI
Share with:

Dalam sidang akhbar mengenai prestasi ekonomi China yang diadakan semalam, "ekonomi mengekalkan trend pemulihan" telah menjadi perhatian umum dan ini juga mengukuhkan keyakinan dunia terhadap ekonomi negara ini.

Menurut data rasmi pihak berkuasa, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menyaksikan peningkatan sebanyak 2.5 peratus pada separuh tahun pertama, antaranya suku pertama dan  suku kedua masing-masing naik 4.8 peratus dan 0.4 peratus.

Pertumbuhan ekonomi pada suku kedua bukanlah mudah untuk dicapai, dan ia sekali gus menjadi faktor yang menyumbang kepada kemapanan ekonomi.

Pada Julai pula, ekonomi negara ini berjaya mengatasi pelbagai kesukaran dan risiko, serta terus memulih dengan momentum yang kuat.

Laporan terkini persekitaran perniagaan dan pelaburan asing yang dikeluarkan oleh Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China mendapati bahawa 91 peratus syarikat asing di China mengekalkan atau memperluas skop perniagaan di negara ini bagi suku tahun kedua. "Meluaskan pasaran" dan "China ialah keutamaan strategi perusahaan" merupakan dua sebab utama mereka meningkatkan pelaburan di China. Data ekonomi terkini dipercayai akan terus mengukuhkan keyakinan mereka.

Dalam pada itu, kerajaan China telah memperkenaokan 33 dasar dan langkah insentif meliputi enam bidang, termasuk dasar fiskal, dasar monetari dan kewangan, menstabilkan pelaburan dan menggalakkan penggunaan, menjamin keselamatan makanan dan tenaga, menstabilkan bekalan rantaian perindustrian dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat terjamin.

Penyelidik dari Institut Schiller Perancis, Sebastien Perimony menyatakan bahawa disebabkan oleh faktor-faktor seperti krisis Ukraine, pemulihan ekonomi dunia menghadapi tekanan yang amat besar. Di samping itu, "inflasi tinggi" dan "pertumbuhan lembap" di beberapa negara juga memberi kesan negatif kepada ekonomi sebenar, pasaran pekerjaan dan penggunaan di seluruh dunia. Dalam konteks ini, kestabilan ekonomi China dan faktor kepastian yang dibawanya kepada dunia adalah amat berharga.