Tingkatkan Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Berdasarkan Kepentingan Rakyat

2022-08-16 14:35:51  cri
Share with:

Ahli Dewan Negara dan juga Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan video dengan duta-duta negara membangun dari Asia dan Afrika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva yang melakukan lawatan ke China pada Isnin.

Wang telah mengemukakan empat cadangan untuk pengukuhan tadbir urus hak asasi manusia global dan membaiki kerja institusi hak asasi manusia pelbagai hala.

Pertama, saling menghormati dan tidak memaksa negara lain dengan keinginan sendiri. Negara-negara di dunia ini berbeza dari segi keadaan negara, sejarah dan budaya. Oleh itu, sesebuah negara perlu meneroka jalan pembangunan hak asasi manusia berdasarkan kepentingan rakyatnya sendiri.

Kedua, mendorong kemajuan sistematik dan memelihara hak asasi manusia secara komprehensif. Bagi sesebuah negara membangun, terutamanya negara paling kurang maju, hak hidup dan hak membangun adalah kepentingan teras rakyat.

Ketiga, mempertahankan keterbukaan dan keinklusifan, di samping menentang tindakan mencampuri hal ehwal dalaman negara lain.

Dan keempat, menjunjung keadilan dan menentang dwi standard. Kepuasan rakyat adalah cermin kepada keadaan hak asasi manusia sesebuah negara. Beberapa negara Barat berpura-pura menjadi "hakim" hak asasi manusia, menuding jari kepada situasi hak asasi manusia negara membangun, dan menutup mata terhadap pencabulan hak asasi manusia negara sendiri dan sekutunya. Negara-negara membangun harus bersama-sama menolak ketidakadilan tersebut.