Pelihara Kedaulatan dan Keutuhan Negara Dengan Teguh

2022-08-16 14:22:28  CRI
Share with:

Kunjungan senator Amerika Syarikat (AS), Ed Markey dan delegasinya ke Taiwan tanpa memedulikan bantahan China melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, mencabuli kedaulatan dan keutuhan wilayah China, serta memberi isyarat salah kepada kumpulan "pemisah Taiwan".

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Isnin.

Dilaporkan, lima senator AS yang diketuai Ed Markey tiba di Taiwan pada Ahad lalu.

Sehubungan dengan itu, Wang Wenbin berkata, prinsip satu China merupakan konsensus antarabangsa dan prinsip asas hubungan antarabangsa. Ia juga asas politik ikatan diplomatik China dengan AS.

China sekali lagi menggesa AS menaati prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama, menangani isu Taiwan dengan teliti, supaya mengelakkan hubungan dua hala dan keamanan di Selat Taiwan daripada terjejas lagi. Niat segelintir ahli politik AS dan kekuatan "pemisah Taiwan" yang mencabar prinsip satu China pasti akan gagal.