Artikel Xi Mengenai Falsafah Pembangunan Baharu Diterbitkan

2022-08-16 14:20:28  CRI
Share with:

Artikel oleh Presiden China, Xi Jinping yang bertajuk "Praktikkan Falsafah Pembangunan Baharu Secara Lengkap, Tepat dan Menyeluruh oleh Seluruh Parti" diterbitkan oleh Jurnal Qiushi hari ini.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam artikel itu menegaskan, falsafah pembangunan baharu ialah sistem teori yang memberi tafsiran terperinci tentang matlamat, penggerak, kaedah dan jalan mengenai pembangunan.

Kata beliau, konsep rakyat diutamakan harus dilaksanakan. Pada fasa pembangunan baharu, kekayaan bersama patut diberi penekanan kerana itulah matlamat penting dalam pemodenan sosialisme. Menggalakkan kekayaan bersama seluruh rakyat adalah misi untuk jangka panjang dan mesti didahului dan melalui usaha gigih.