Jepun Digesa Singkirkan Militarisme

2022-08-16 15:26:45  CRI
Share with:

Isnin lalu merupakan ulang tahun ke-77 Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Yang menjadi kebimbangan dunia adalah militarisme sedang berkocak di Jepun dan cuba melepaskan diri daripada belenggu perlembagaan damai pasca perang. Kelakuan beberapa ahli politik Jepun yang berbahaya dalam isu Taiwan baru-baru ini meningkatkan kebimbangan tersebut.

Lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan baru-baru ini membelakangi prinsip satu China dan turut dikutuk oleh lebih 170 negara dan pelbagai pertubuhan antarabangsa. Walau bagaimanapun, Jepun bergerak menentang arus.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida ketika bertemu dengan Pelosi menyalahkan latihan tentera sah yang dilakukan China di kawasan perairan Selat Taiwan sebagai "mengancam keselamatan wilayah Jepun" dan mendakwa bahawa "Jepun dan AS akan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan".

Sementara itu, Jepun bersama-sama negara anggota G7 dan Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan kenyataan bersama, menyokong tindakan AS yang mencabuli kedaulatan China.

Akhbar Lianhe Zaobao baru-baru ini menerbitkan rencana yang mengatakan, Jepun yang ingin mewujudkan "kemakmuran semula" kini mengheboh-hebohkan soal Taiwan dengan tujuan menghalang penyatuan semula China. Kenyataan dan perbuatan yang salah Jepun mengenai soal Taiwan adalah pendedahan dan manifestasi mengenai pandangannya yang herot dan cacat tentang sejarah.

Jepun yang sering membuat kekecohan menggunakan soal Taiwan pada beberapa tahun kebelakangan ini kerana mempunyai pertimbangan praktikal. Dari bersama-sama AS "menlindungi Taiwan" ke mengheboh-hebohkan "masalah Taiwan ialah masalah Jepun dan masalah persekutuan Jepun-AS". Malah Jepun menggalakkan AS melepaskan "strategi kabur" dan mengetengahkan pendirian "melindungi Taiwan dengan cara kekerasan".

Jepun terus mengikuti AS dan bersedia menjadi "bidak" dalam apa yang disebut "strategi Indo-Pasifik". Langkah tersebut bertujuan untuk mengekang China, memperhebat konflik China-AS, menggalakkan AS lebih melibatkan diri dalam urusan di rantau ini, dan mengambil kesempatan ini untuk membuat alasan untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan, meluaskan kuasa ketenteraan, mendorpong pemindaan perlembagaan damai, dan menjadi apa yang disebut "negara normal".

Mesyuarat kabinet Jepun baru-baru ini telah meluluskan Kertas Putih Pertahanan 2022. Menurut dokumen tersebut, seiring dengan persekitaran keselamatan semakin serius, Jepun perlu menambah perbelanjaan pertahanan dan meningkatkan secara besar-besran daya pertahanan. Kertas putih itu malah menyenaraikan isu Taiwan secara berasingan dan mengumumkan Jepun akan bersama-sama rakan sekutunya memelihara kestabilan di kawasan perairan Selat Taiwan, serta dengan sengaja menulis kandungan tentang negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mencapai konsensus untuk menambah  perbelanjaan pertahanan ke tahap menduduki 2 peratus dalam jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Melupakan sejarah adalah pengkhianatan, dan penafian kesalahan bermakna kemungkinan mengulanginya. Setelah menyerah kalah selama 77 tahun, militarisme hendak sekali lagi menentu arah pembangunan sosial Jepun. Ini menimbulkan waspada yang tinggi negara-negara di rantau ini. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika melawat Jepun pada Mei lalu telah memberikan nasihat kepada Jepun untuk memikirkan bagaimana menangani masalah sejarah dan menyertai dengan aktif pembangunan kedamaian serantau.