Berpuluh-puluh Maut atau Cedera Akibat Kes Tembakan di AS

2022-08-16 15:27:41  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu dan mengakibatkan berpuluh-puluh orang maut atau cedera.

Di Chicago, sekurang-kurangnya 44 orang menjadi mangsa kes tembakan dan terdapat 8 orang terbunuh.

Di Baltimore, terdapat 15 orang mengalami tembakan dan 8 orang maut. 

Selain itu, kes tembakan yang berlaku di Phoenix dan Guadalupe masing-masing meragut satu nyawa.