Tambat Hati Pelancong dengan Anggur

2022-08-16 00:02:02  CRI
Share with:


Sempena Pesta Kesenian Anggur Dongfengyun·Mile 2022 yang dirasmikan di bandar Mile, provinsi Yunnan baru-baru ini, para pelancong berpeluang menghayati aktiviti yang beraneka ragam seperti mengunjungi karnival tanglung berwarna-warni, menonton pertunjukan opera dan persembahan muzik, serta menikmati makanan sedap di medan selera.

Industri penanaman anggur telah menjadi industri tunjang di Mile melalui perkembangan selama puluhan tahun, sedangkan industri pelancongan yang berlatarbelakangkan pertanian dan kebudayaan pun pulih cepat.