Kraftangan Tenunan Rumput Kuning

2022-08-16 00:06:13  CRI
Share with:


Sejumlah petani di kaunti Tancheng, provinsi Shandong kelihatan sibuk menuai dan menjemurkan rumput kuning untuk kegunaan penghasilan kraftangan seperti topi rumput dan kasut rumput.


Model “koperasi+pangkalan+e-niaga+pengusahatani” berperanan penting dalam pemasaran dan penjualan kraftangan buatan rumput itu ke lebih 10 buah negara dan kawasan seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Seramai lebih 4,000 pengusaha tempatan dilaporkan berjaya menjana pendapatan melalui urus niaga tersebut.