Wanita Pertama AS Positif COVID-19

2022-08-17 14:25:46  cri
Share with:

Rumah Putih Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengesahkan bahawa wanita pertama, Jill Biden positif ujian COVID-19 pada Isnin.

Selain itu, Setiausaha Penerangan kepada wanita pertama, Elizabeth Alexander berkata bahawa Jill dan Joe Biden kini sedang bercuti di South Carolina bersama keluarga mereka.

Jill Biden akan menjalani kuarantin selama lima hari di South Carolina, dan hasil ujian COVID-19 Presiden Biden akan diumumkan Rumah Putih.