Hentikan Perang, Pulangkan Dana kepada Rakyat Afghanistan
Baru-baru ini, portal berita dari Amerika Syarikat (AS), GRID telah mewawancara sembilan warga Afghanistan. Mereka rata-rata meluahkan kemarahan terhadap AS apabila menceritakan kehidupan mereka sepanjang tahun lalu.
Menurut pegawai Program Makanan Dunia (WFP), sekatan ekonomi AS terhadap Afghanistan menambah krisis di negara itu. "Sebanyak 98 peratus rakyat Afghanistan berdepan kelaparan, dan hampir separuh daripada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mengalami malnutrisi yang serius."
Yang lebih teruk lagi, AS telah membekukan aset milik Bank Pusat Afghanistan bernilai USD7 bilion.
Disebabkan tekanan masyarakat antarabangsa, AS terpaksa bersetuju bahawa aset tersebut dikendalikan oleh dana amanah di bawah penyeliaan antarabangsa. Walau bagaimanapun, masih terdapat perselisihan besar antara AS dengan kerajaan sementara Afghanistan tentang pemilihan pihak penyelia. Oleh itu, bilakah dapat AS mengembalikan aset Afghanistan masih menjadi tanda tanya.
Pada penghujung bulan lalu, tentera AS melancarkan serangan terhadap Kabul menggunakan dron dengan alasan antikeganasan, dan tindakan ini dibantah keras oleh rakyat seluruh negara Afghanistan.
Seorang pengulas tersohor dari Afghanistan menyatakan bahawa serangan AS itu melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabuli kedaulatan negara itu. AS ingin mempertunjukkan hegemoninya kepada seluruh dunia, dan negara itu akan terus mencampuri hal ehwal dalaman Afganistan.
Dengan bantuan masyarakat antarabangsa, Afghanistan mengatasi pelbagai kesukaran seperti gempa bumi, banjir, sekatan, dan melakar kemajuan khususnya dalam pemeliharaan situasi keselamatan dan pembanterasan dadah, dalam sepanjang tahun lalu.
Baru-baru ini, bekas ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS, David Howell Petraeus ketika diwawancara mengakui bahawa AS melakukan kesalahan teruk sepanjang 20 tahun menempatkan tenteranya di Afghanistan.
"Mungkin kau dah jemu terhadap satu filem dan terus meninggalkan pawagam, namun filem itu masih belum berakhir."
Kerajaan AS digesa meminta maaf atas tindakan pencerobohannya di Afghanistan, mengembalikan dana kepada negara itu, memberi pampasan dan menghentikan kekangan terhadap pembangunan Afghanistan segera.