China dan Afrika Kukuhkan Kerjasama

2022-08-18 14:13:10  cri
Share with:

Mesyuarat Penyelaras untuk Melaksanakan Hasil Sidang Peringkat Menteri Forum Kerjasama China-Afrika Ke-8 akan diadakan secara dalam talian hari ini. Ahli Dewan Negera dan juga Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucapan.

Demikian diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang taklimat pada Rabu.

Beliau berkata, Sidang Peringkat Menteri Forum Kerjasama China-Afrika Ke-yang diadakan di Dakar, ibu negara Senegal pada November 2021, telah menjadi peristiwa penting dalam hubungan China-Afrika. 

"Sembilan projek" kerjasama pragmatik antara China dengan Afrika yang diumumkan oleh Presiden China, Xi Jinping pada sidang itu memberi tumpuan kepada kapasiti pertumbuhan endogen negara-negara Afrika, dan menggalakkan peningkatan kualiti kerjasama China-Afrika, yang disambut baik oleh negara-negara Afrika.

Selepas sidang itu berakhir, China dan Afrika menyemarakkan semangat persahabatan dan kerjasama, bersama-sama mengatasi kesukaran dan cabaran, mendorong pelaksanaan hasil sidang berkeanaan sehingga mencapai kemajuan dan hasil yang memuaskan.