CDC Akui Tindakan Tangani COVID-19 Tidak Penuhi Jangkaan

2022-08-18 16:01:22  CRI
Share with:

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Rochelle Walensky mengatakan pada Rabu bahawa respons CDC untuk menangani penularan COVID-19 tidak "memenuhi jangkaan" dan perlu "bertindak lebih baik".

Satu siasatan luaran yang diketuai Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Awam (HHS) bermula pada April mendapati, CDC sepatutnya berkongsi hasil pengajian sains dan statistik dengan lebih pantas semasa penularan wabak, dan bersikap lebih ikhlas dan telus ketika mengetahui keadaan wabak. Di samping itu, panduan kesihatan yang diedarkan CDC dikatakan "amat mengelirukan".

Walensky mengakui kelemahan CDC dalam perkara tersebut dan menyatakan bahawa pihaknya sedang mengambil tindakan untuk membaiki kerja pusat itu.