Xi Keluar Arahan Cegah Banjir di Jinzhou

2022-08-18 14:43:53  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di bandar Jinzhou, provinsi Liaoning, timur laut China pada Selasa.

Sebagai hab pengangkutan yang menghubungkan bahagian utara dan timur laut China, Jinzhou merupakan lokasi strategik penting sejak sekian lama.

Pada musim panas tahun ini, provinsi Liaoning telah dilanda 13 pusingan hujan lebat, iaitu paling banyak bagi musim itu dalam sejarah.

Antaranya, banjir pada penghujung Julai sahaja telah menjejaskan sembilan buah bandar membabitkan 470,200 penduduk, serta 126,400 hektar kawasan tanaman.

Melihat kepada situasi itu, Xi mengarahkan kerajaan tempatan supaya melaksanakan langkah-langkah berkesan untuk mencegah banjir, di samping menempatkan mangsa bencana dengan baik dan memastikan keselamatan rakyat terjamin.

Beliau turut menekankan perlunya merancang pembinaan semula pasca bencana dengan teliti untuk membantu penduduk yang terjejas menyambung semula aktiviti pengeluaran dan kehidupan normal secepat mungkin.