Jepun Diharap Kekalkan Arah Pembangunan Damai

2022-08-19 14:40:26  CRI
Share with:

Jepun diharap memberi tumpuan kepada kepentingan asas rakyat Jepun dan China untuk jangka masa panjang, membina pemahaman yang betul terhadap China, mengamalkan dasar positif, prgmatik dan rasional terhadap China, mengekalkan arah pembangunan damai, dan mematuhi empat dokumen politik dan konsensus politik kedua-dua negara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika mengulas tentang dialog politik peringkat tinggi China-Jepun ke-9 yang diadakan pada 17 Ogos.

Dilaporkan, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan dialog dan komunikasi pelbagai peringkat dan bersama-sama membina hubungan yang membina dan stabil, bersempena dengan ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan diplomatik China-Jepun.

Menurut Wang, sejarah hubungan kedua-dua negara telah memberikan peringatan kepada China dan Jepun bahawa hidup bersama secara damai dan kerjasama persahabatan merupakan satu-satunya pilihan yang betul. Jepun diharap bersama-sama China meningkatkan kepercayaan politik, melepaskan pemikiran jumlah sifar, mengawal dengan baik percanggahan agar mendorong hubungan yang lebih mantap, stabil, sihat dan tabah antara kedua-dua negara.