China Bantah Kegiatan Ganggu Perdagangan Antarabangsa

2022-08-19 13:56:57  CRI
Share with:

China membantah keras kegiatan mengganggu perdagangan antarabangsa dan akan mengambil tindakan berkesan untuk memelihara hak dan kepentingan sendiri yang sah apabila perlu.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting ketika mengulas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang meluluskan Akta Cip dan Sains baru-baru ini, dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurutnya, AS akan memberikan subsidi berjumlah besar dan keutamaan cukai kepada industri cip dalam negeri, dan ini adalah dasar sokongan perindustrian layan berbeza. Beberapa fasal berkenaan mengehadkan kegiatan ekonomi dan perdagangan serta pelaburan normal syarikat berkaitan di China, yang jelas mengambil sifat diskriminasi dan melanggar undang-undang pasaran serta peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Ia juga menjejaskan rantaian bekalan semikonduktor global dan mengganggu perdagangan antarabangsa.

Jurucakap itu menegaskan bahawa pelaksanaan akta AS harus mematuhi peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan prinsip terbuka, telus dan tanpa diskriminasi. Ia patut bermanfaat untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian global dan rantaian bekalan serta mengelakkan perpecahan. China akan terus memberi perhatian kepada pelaksanaan akta tersebut dan mengambil langkah berkesan untuk melindungi hak dan kepentingan sahnya apabila perlu.