Lebih 500 Robot Dipamerkan di Persidangan Robot Dunia 2022

2022-08-19 14:16:12  CRI
Share with:

Persidangan Robot Dunia (WRC) 2022 diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Etrong Beijing dari 18 hingga 21 Ogos.

Persidangan ini dianjurkan dengan sokongan 23 agensi antarabangsa. Kawasan pamerannya mencatat 40 ribu meter persegi. Lebih 500 robot dari 130 syarikat akan dipamerankan, antaranya lebih 30 produk buat julung kali bertemu dengan khalayak ramai.

Selain itu, syarikat, institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan saintifik dalam bidang robotik akan mempamerkan hasil penyelidikan terkini.  

Menurut petugas syarikat berkenaan, China sebagai kilang dunia dan pasaran dunia, menyediakan pelbagai senario penyelidikan dan penggunaan untuk robot. Syarikat-syarikat China pula sedang giat melibatkan diri ke dalam rangkaian inovasi global, untuk menjaga kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan robot.